Indonesia Berjaya Hasilkan Durian ‘Botak’ Tanpa Duri

Sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia berkongsi tentang kejayaan mereka menanam pokok durian yang berupaya untuk menghasilkan buah tanpa sebarang duri.

Menurut Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara iaitu Maisin, beliau berasa sangat lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian botak sebagai satu khabar angin.

“Tanpa ‘perisai’ tajam, durian ini lebih mudah untuk dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis,” kata Maisin.

Memetik laporan media tempatan, pokok tersebut dikatakan mula ditanam pada tahun 2007 di Kampung Trenggaluh berdekatan Gunung Rinjani di mana ia merupakan sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Difahamkan, sampel daripada pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri itu telah diambil oleh pengkaji pertanian tempatan dari sana.

Pada mulanya, pemilik pokok berkenaan berasa ragu-ragu dengan tumbuhan tersebut dan menyangka ia beracun, namun anak lelakinya telah mencuba durian ‘botak’ itu dan mendapati rasanya serupa dengan spesies durian lain.

Biji buah itu kemudiannya digunakan bagi membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Walau bagaimanapun, Maisin menjelaskan bahawa hanya dua peratus daripada biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah.

Untuk rekod, mereka menamakan ia sebagai buah durian gundul.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan raja segala buah ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca