Individu Terkaya Di Dunia, Elon Musk Mahu Sedekahkan RM400 Juta Kepada Umum

Manusia terkaya di dunia, Elon Musk mengumumkan bahawa beliau ingin memberi sedekah sebanyak $100 juta (RM400 juta) kepada orang ramai. Namun, pemberian ini datang bersama-sama dengan syarat.

Pengumuman sumbangan tersebut disampaikan secara langsung oleh Musk menerusi akaun Twitter miliknya pada minggu lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu ingin memberikan wang lumayan itu kepada mereka yang dapat mencipta teknologi bagi mengawal karbon dioksida.

“Saya ingin menyumbangkan hadiah bernilai $100 juta untuk teknologi penangkapan karbon (dioksida) yang terbaik,” kata Musk dalam ciapan tersebut.

Beliau turut menambah dalam ciapan lain di bawah bahawa maklumat terperinci akan disampaikan pada akhir minggu ini.

Walaupun pengumuman ini dianggap lumayan bagi orang ramai. Bloomberg mengganggap sebaliknya. Sebelum ini, beliau telah menyumbang lebih dari USD$257 juta kepada Yayasan Musk di mana ia hanyalah sekitar 0.1 peratus dari kekayaan bersihnya sekarang.

Sumber: Bloomberg

Terdahulu, Musk mengagihkan USD$65 juta antara 2016 dan 2018 kepada 200 organisasi nonprofit menurut analisis Quartz.

Musk sendiri menyatakan bahawa alasan beliau mengumpul kekayaannya adalah bagi melaksanakan projek yang digemari beliau. Sebagai contoh, penerokaan ruang angkasa.

“Ia memerlukan banyak sumber untuk membina sebuah kota di Marikh. Saya mahu menyumbang sebanyak yang mungkin” katanya kepada penerbit Jerman, Axel Springer.

Rencana Musk untuk memberikan dana geran untuk teknologi mengawal karbon juga berkait dengan kepentingan perniagaannya yang lain. Sebagai contoh, Tesla yang banyak menumpukan pada teknologi hijau.

Sebelum ini kami ada menulis artikel tentang Elon Musk dikecam teruk selepas mahu lockdown di Amerika Syarikat ditamatkan, untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca