Individu Pertikai Pakej Umrah Bersama Neelofa Dan Haris, Ini Respons Warganet

Warganet kecam apabila individu di Twitter pertikaikan harga pakej VVIP umrah bersama usahawan terkenal dan Pencetus Ummah (PU) itu.

Omrah Travel menawarkan tiga jenis pakej umrah bersama artis juga usahawan terkenal iaitu Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dikenali sebagai PU Riz.

Sumber: Omrah Travel

Tiga pakej tersebut adalah Pakej Premium (RM15 ribu), Pakej VIP (RM25 ribu) dan Pakej VVIP (RM35 ribu). Omrah Travel telah kongsikan maklumat tentang setiap pakej tersebut di media sosial.

Seorang individu di Twitter pula telah kongsikan tangkapan skrin Pakej VVIP sambil pertikaikan harga yang telah ditawarkan.

Sumber: Twitter

“RM35 ribu umrah bersama Hajah Neelofa, sah masuk syurga ke ni?,” sindir individu tersebut.

Kata-kata dari individu di Twitter sudah dilihat oleh 1.4 juta warganet, lebih tujuh ribu orang telah memberi respons dan lebih 400 dari mereka turut membalas kongsian tersebut.

Sumber: Twitter

Ramai yang setuju dengan harga tersebut memandangkan pakej yang diberikan sesuai untuk tahap keselesaan VVIP.

Pendapat dari individu ini sepatutnya tidak perlu dikongsikan di media sosial kerana perkara tersebut memang mudah untuk dibangkitkan dan sekaligus akan mengubah tawaran baik ini menjadi isu yang buruk.

Harganya tidak tersasar jauh dari menempah segala kemudahan dalam pakej itu sendiri dan kelebihan untuk peminat pergi menunaikan umrah bersama Neelofa dan Haris.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca