Individu Paling ‘Wanted’ Sebagai Tetamu, Majlis Perkahwinan Anak Perempuan El Chapo Dikawal Ketat

Sebuah gereja di bandar Culiacán yang terletak di Sinaloa, Mexico ditutup dan dikawal ketat untuk meraikan satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang.

Mana tidaknya, beberapa tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan berkenaan mencuri perhatian sebagai individu paling dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Mexico.

Untuk menjawab persoalan anda, pasangan mempelai yang diraikan ini sebenarnya merupakan ahli keluarga kepada taikun-taikun dadah terkenal di negara tersebut iaitu Joaquín Guzmán yang terkenal dengan jolokan El Chapo.

Pengantin lelaki pula merupakan anak saudara kepada Blanca Margarita Cazares yang turut dikenali sebagai The Empress.

Image
Sumber: New York Post

Menurut laporan Reuters yang memetik akhbar Mexico Reforma, Alejandrina Gisselle Guzmán Salazar (anak perempuan El Chapo) dan Édgar Cázares menjadi suami isteri secara rasmi pada 25 Januari lalu.

New York Post melaporkan, ruang gereja telah ditempah khas hanya untuk upacara tersebut dan telah mendapat kawalan keselamatan yang sangat ketat oleh tentera El Chapo.

Walaupun begitu, El Chapo tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Colorado, Amerika Syarikat.

Image result for el chapo
El Chapo. Sumber: ABC News

Dalam pada itu, El Chapo telah diwakili oleh salah seorang anak lelakinya iaitu Ovidio Guzmán López yang merupakan antara individu paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat dan Mexico pada majlis tersebut.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai taikun antarabangsa, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca