India Haramkan Penggunaan TikTok Dan WeChat

Semalam, kerajaan India telah mengharamkan 59 aplikasi telefon bimbit buatan China termasuk TikTok dan WeChat dengan alasan risau akan keselamatan negara dan privasi selepas pertempuran berdarah tentera kedua-kedua negara di sempadan.

Pengharaman itu dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.

Aplikasi ini juga didakwa akan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

“Kerajaan India memutuskan untuk tidak membenarkan penggunaan aplikasi tertentu, yang bertujuan khusus memastikan keselamatan dan kedaulatan ruang siber India.

“Tindakan ini diambil selepas pihak kementerian menerima beberapa aduan mendakwa pencurian data dan pencabulan privasi pengguna,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, syarikat ByteDance di Beijing, yang membangunkan aplikasi itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Hubungan antara dua negara yang berpenduduk paling ramai di dunia ini semakin renggang berikutan kematian 20 anggota tentera India dalam pertempuran fizikal dengan tentera China di sempadan Himalaya pada 15 Jun lalu.

Untuk rekod, telefon bimbit China telah menguasai hampir 65 peratus pasaran telefon pintar di India manakala aplikasi perkongsian video seperti TikTok, telah menjadi popular dalam kalangan golongan muda negara itu.

India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih 120 juta pengguna.

Aplikasi popular lain yang turut diharamkan adalah termasuk aplikasi mikroblogging Weibo dan permainan Clash of Kings.

Untuk baca artikel lain berkaitan aplikasi TikTok, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca