Impian Peminat Jadi Nyata, Hyun Bin dan Son Ye Jin Sah Bercinta

Kepada peminat K-drama, anda pasti teruja akan perhubungan antara dua selebriti Korea yang hangat diperkatakan semenjak drama gabungan mereka tahun lepas iaitu Crash Landing on You.

Sebelum ini, anda mungkin pernah dengar tentang percintaan di kehidupan lakon layar menjadi realiti seperti Song Joong Ki dan Song Hye Kyo dari drama Descendants of the Sun.

Kali ini giliran Hyun Bin dan Son Ye Jin pula. Saluran berita hiburan Korea, Dispatch membuat kenyataan semalam yang mengatakan dua pelakon tersebut sudah pun bercinta selama lapan bulan.

Sumber: Koreaboo

Perhubungan #BinJin ini mampu membuatkan warganet gembira pada hari tahun baru dan hangat diperbincangkan di media sosial.

Sumber: Twitter @etherealkdrama
Sumber: Twitter @kdramascenes

Laman hiburan Soompi juga melaporkan kenyataan daripada agensi pengurusan pelakon tersebut. VAST Entertainment bagi pihak Hyun Bin menyuarakan bahawa dua selebriti itu berkenalan menerusi projek dan berputik rasa cinta di antara mereka.

“Kami meminta anda doakan yang terbaik dan teruskan sokongan anda kepada mereka pada masa depan,” pihak pengurusan selebriti Korea Selatan itu berkata.

MS Team Entertainment yang menaungi Son Ye Jin turut memberi kenyataan yang sama seperti VAST Entertainment.

Selain CLOY, Hyun Bin dan Son Ye Jin juga telah bersama-sama membintangi filem The Negotiation pada tahun 2018.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan drama Korea, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca