Impak Transcendence Oleh Butterfingers, Ini 3 Album Yang Mengubah Industri Muzik Malaysia

Industri muzik di Malaysia sedang bergerak mengikut peredaran zaman. Pendengar kini lebih gemar mendengar muzik melalui Spotify dan kemudahan video muzik melalui YouTube. Ia mengubah cara dan penerimaan orang ramai terhadap muzik. Tidak dinafikan ramai artis di negara kita sebenarnya setanding dengan artis di luar negara.

Berikut kami kongsikan tiga album yang mengubah industri muzik Malaysia:

1. Transcendence oleh Butterfingers (1998)

Mungkin ramai yang mengatakan album Butter Worth Pushful merupakan album yang mengubah hidup mereka tetapi sebenarnya album Transcendence yang berjaya mengubah hidup mereka. Dengan meletupnya lagu ‘Chemistry (Between Us)’ dan ‘Epitome’ yang menggabungkan elemen asli dalam muzik grunge, Transcendence berjaya memecahkan tembok yang menjadi penghalang muzik keras dengan masyarakat luar.

2. Old Automatic Garbage oleh OAG (1994)

Demam OAG satu masa dulu cukup besar kerana tiada orang menyangka ‘budak-budak Malaysia’ mampu mencipta lagu seperti ini. Lagu ’60’s Tv’ kedengaran setiap hari di radio dan jualan kasetnya meletup sehinggakan jualan cetak rompak wujud hanya untuk memenuhi permintaan.

3. Plan B oleh Too Phat (1997)

Walaupun Malique dan Joe Flizzow tidak lagi bersama tetapi kesan karya mereka masih dirasai. Gabungan elemen Malaysia dalam album Plan B membuatkan masyarakat Malaysia yang selama ini tidak pernah dengar hip hop dan rap, dapat menerima irama muzik ini.

Jika anda lebih gemar mendengar muzik melalui internet, cubalah membeli album secara fizikal kerana ia mampu mengembalikan nostalgia kepada anda di masa hadapan. Fizikal adalah lebih baik daripada digital.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca