Imej Mengejutkan Memaparkan Bagaimana Rupa Kuala Lumpur Dan Bandaraya Utama Lain Jika Pencemaran Udara Dapat Dilihat Dengan Mata Kasar

Menggunakan data daripada tahun 2018, menurut Indeks Kualiti Udara, tahap pencemaran Kuala Lumpur berada di indeks 64.

Indeks Kualiti Udara atau Air Quality Index (AQI) digunakan untuk mengukur tahap pencemaran udara dan ia dapat menyampaikan kepada orang ramai bagaimana tahap pencemaran udara ketika ini serta jangkaan bagaimana pencemaran di masa hadapan. Apabila indeks meningkat, semakin tinggi peratusan populasi mungkin mengalami kesan buruk terhadap kesihatan mereka.

Menurut Guardian, pencemaran yang tidak kelihatan telah membunuh sehingga 9,000 orang setahun di ibu negara England iaitu London.

London mencatatkan kualiti udara dengan indeks 25.

Delhi didapati mencatatkan hampir sepuluh kali lebih tinggi tahap pencemaran berbanding London, dengan penarafan AQI sebanyak 223. Imej dari Dehli menunjukkan keseriusan tahap pencemaran yang kronik. Menurut kajian yang diterbitkan di Lancet Planetary Health, udara toksik India membunuh seramai 1.24 juta orang pada tahun 2017.

Delhi mencatatkan kualiti udara dengan indeks 223.

Istanbul juga mengalami tahap AQI yang tinggi pada tahap 201. Untuk rekod, tahap pencemaran mencapai 161 adalah dianggap tidak sihat.

Tokyo mencatatkan kualiti udara dengan indeks 56.

Negara jiran, Singapura mencatatkan indeks di tahap 56 – sama dengan Tokyo. Ia tahap yang lebih baik sedikit berbanding Kuala Lumpur dengan indeks 64.

Ibu kota Korea Selatan, Seoul yang menjadi antara destinasi pelancongan pilihan ramai rakyat Malaysia pula mencatatkan indeks 48.

Agak mengejutkan, bandaraya kosmopolitan New York mencatatkan indeks yang memuaskan iaitu di tahap 30.

Rating Dubai pula berada di tahap 83.

Manakala ibu kota Thailand, Bangkok mencatatkan kualiti udara di tahap 92.

 

Sumber: Standard UK

Artikel Lain Untuk Di Baca