Ikon Majalah TIME Tahun 2022, Michelle Yeoh

Pelakon antarabangsa dari Malaysia, Michelle Yeoh berjaya dinobatkan sebagai ikon tahun ini oleh Majalah Time.

Menurut majalah TIME, ketika tayangan filem Everything Everywhere All at Once, semua yang hadir amat teruja mahu berjumpa dengan bintang filem tersebut, Michelle Yeoh.

Michelle mula kariernya sebagai pelakon untuk cerita-cerita aksi di Hong Kong pada pertengahan 80-an.

Kini, pelakon itu sudah berlawan dengan Jet Li dalam filem Mummy: Tomb of The Dragon Emperor, campakkan dirinya ke atas kereta yang sedang dipandu oleh Jackie Chan dalam filem Supercop dan terjun dari bangunan bersama Pierce Brosnan dalam filem Tomorrow Never Dies.

Beliau juga telah membintangi pelbagai jenis filem dan produksi seperti Memoirs of a Geisha, Crazy Rich Asians dan Marvel.

Walaupun beliau sudah beraksi dalam banyak karya perfileman, membintangi filem Everything Everywhere All at Once telah meletakkan namanya di kedudukan yang teratas dalam Hollywood.

Wanita berbakat ini menerangkan yang industri sekarang sepatutnya tidak memilih pelakon mengikut bangsa.

Michelle luahkan cabaran beliau untuk memegang watak besar sebelum ini, Michelle luahkan sekurang-sekurangnya beliau patut diberikan peluang untuk mencuba sebelum ditolak.

Oleh tu, dengan beliau memegang watak sebagai Evelyn Wang dalam Everything Everywhere All at Once adalah satu kemenangan buat pelakon bernama Michelle Yeoh ini dan berhak dipilih sebagai ikon TIME pada tahun in.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca