Iklan Syarikat Ini Selamba Promosi Judi Sempena Raya Buat Ramai Orang Bengang

Sebuah syarikat judi menjadi bualan ramai selepas tampil dengan sebuah lagu raya sempena perayaan Aidilfitri. Namun, apa yang menimbulkan kemarahan warganet adalah syarikat tersebut promosi judi sempena Raya dengan mempelawa orang ramai untuk menggunakan servis mereka dalam meraih wang berganda.

Tidak berhenti di situ, syarikat berkenaan turut menggunakan beberapa orang pelakon dipercayai Muslim yang tampil lengkap dengan imej bertudung, baju kurung dan baju Melayu dalam iklan mereka.

Antara bait-bait lirik yang terdapat dalam iklan tersebut adalah, “Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya.”

Sumber: Lobak Merah

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet agak berang dengan syarikat perjudian tersebut kerana mereka sangat berani menggunakan tema Hari Raya Aidilfitri untuk promosi aktiviti judi yang sememangnya diharamkan untuk umat Islam:

Memetik laporan Sinar Harian, iklan ini bukan sahaja mengejutkan banyak pihak tetapi ia turut menarik perhatian ahli politik apabila hari istimewa umat Islam itu dijadikan sebagai modal iklan syarikat perjudian.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan iklan berkenaan seperti mahu mencabar undang-undang negara bahkan langsung tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan.

“Tanpa sebarang syak, iklan itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan,” katanya dalam sebuah hantaran di laman Facebook beliau.

Fadhli turut menggesa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan segera, “Kerajaan melalui SKMM wajib bertindak seberapa segera yang mungkin. Iklan itu perlu ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili.”

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu ini.

Anda boleh tonton video penuh di bawah. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca