Iklan Ini Berkisahkan Hidup Juara Pemain Dota Sebagai Elemen Utama Untuk Tahun Baru Cina 2019

Setiap kali tibanya perayaan besar di Malaysia, tak lengkap rasanya kalau tidak menonton iklan yang best di kaca televisyen ataupun menerusi YouTube.

Seperti biasa, syarikat-syarikat tempatan pasti akan tampil dengan iklan-iklan dengan pelbagai tema dan jalan cerita serta sarat dengan mesej. Malah, melalui iklan tersebut ada yang lucu, ada juga yang menyayat hati tetapi apa yang pasti semuanya mempunyai mesej penting yang ingin disampaikan.

Bertemakan “Bersama Kita Maju”, RHB Group telah kongsikan iklan terbitan mereka bersempena dengan Tahun Baru Cina 2019.

Iklan tersebut memaparkan kisah hidup perjalanan Chai “Mushi” Yee Fung dalam usaha beliau mencapai cita-citanya sebagai seorang atlet esukan. Iklan ini menekankan kepercayaan beliau dan ibu bapanya terhadap cita-citanya bermula pada zaman remaja beliau sehinggalah beliau berjaya menjadi salah seorang pemain esukan tempatan paling berjaya.

Untuk pengetahuan anda juga, sekarang Chai Yee Fung telah mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi yang pertama di rantau ini menjuarai kejohanan Major-Dota 2 Asia yang berlangsung di Pusat Sukan Shanghai Oriental, China.

Menerusi kemenangan yang diperoleh selepas menewaskan pasukan China LGD Gaming 3-2 pada final itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1.43 juta dan menerima 750 mata kelayakan ke kejohanan terbesar Dota 2 di dunia, The International 2018.

Oleh itu, tidak kira siapa di sebalik pembikin iklan, yang penting ia menunjukkan kepelbagaian perspektif sesebuah tradisi dan budaya kaum tersebut supaya sampai ke hati penonton. Dalam iklan Tahun Baru Cina tahun ini, elemen tradisi dan ikatan kekeluargaan menjadi kandungan utama.

Di bawah merupakan iklan sempena Tahun Baru Cina 2019 dari RHB Group untuk tontonan anda semua:

Sumber: Youtube, astro AWANI

Artikel Lain Untuk Di Baca