Iklan Emirates Cipta Kejutan, Wanita Ini Berdiri Di Puncak Burj Khalifa

Sumber: Youtube (Emirates)

Baru-baru ini, tular satu video yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan terkemuka di dunia iaitu Emirates telah meraih perhatian ramai.

Perkara ini berhubung dengan berita minggu lalu mengenai UAE yang dikeluarkan dari senarai merah UK membuatkan banyak pihak lega dengan keputusan tersebut.

Dalam meraikan berita gembira, yang akan menjadikan perjalanan lebih mudah bagi penduduk UAE sebahagian daripadanya merupakan warganegara UK, Emirates Airline telah berkongsi sebuah video dengan menyatakan bahawa mereka ‘berada di puncak dunia’ mengenai perubahan tersebut.

Menerusi video tersebut, memaparkan seorang wanita berpakaian sebagai pramugari sedang berdiri di puncak bangunan Burj Khalifa di Dubai sambil memegang lima keping kadbod yang menunjukkan sebuah mesej. Mesej yang disampaikan berbunyi:

Memindahkan UAE ke senarai amber UK telah membuatkan kami merasa berada di puncak dunia.”

Bersesuaian dengan mesej yang disampaikan iaitu ‘di puncak dunia’, kamera yang digunakan kemudiannya telahnmenunjukkan keseluruhan Dubai dan kelihatan pramugari itu sedang berdiri di atas Burj Khalifa.

Tidak dinafikan bahawa pramugari itu benar-benar berada di atas bangunan tertinggi di dunia. Bagaimanapun, pramugari tersebut merupakan artis aksi terlatih, iaitu Nicole Smith-Ludvik.

“Inilah dia, tanpa rasa ragu, salah satu aksi paling menakjubkan dan menarik yang saya pernah lakukan,” kata Nicole menerusi laman Instagramnya.

“Jeritan besar buat Emirates Airlines untuk idea pemasaran kreatif anda!”

“Perkara yang paling seronok apabila menjadi sebahagian daripada pasukan ini,” tambahnya.

iklan-emirates-cipta-kejutan-wanita-ini-berdiri-di-puncak-burj-khalifa
Sumber: Instagram (@nicolesmithludvik)

Namun, video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai berkenaan kesahihannya.

Rata-rata warganet berpandangan bahawa video tersebut hanya dibuat di dalam studio berlatar belakang skrin hijau.

Walaupun sukar untuk mempercayai video itu bukan CGI, Shane Manning dari TECS Event Services menegaskan bahawa perkara itu nyata.

“Sekadar mengulangi – ini sangat nyata dengan @nicolesmithludvik berdiri di atas selama berjam-jam,” katanya di Instagram.

“Dia adalah bintang rock mutlak…”

iklan-emirates-cipta-kejutan-wanita-ini-berdiri-di-puncak-burj-khalifa
Sumber: Instagram (@shane_daguvnor_manning)

Video epik itu dihasilkan oleh TECS Event Services dan Prime Productions AMG dengan kerjasama Choppershot, sebuah syarikat filem yang berpusat di Dubai bagi merakam rakaman tersebut.

Video tersebut memaparkan raptai serta beberapa langkah persediaan dan keselamatan sebelum penggambaran dilakukan betul-betul di puncak bangunan yang berukuran setinggi 828 meter itu.

Mereka memerlukan lebih dari sejam untuk memanjat dari tingkat 160 untuk sampai ke puncak bangunan itu, menurut kapsyen yang ditulis di video berkenaan.

Tambahan lagi, protokol dan langkah keselamatan yang ketat perlu diutamakan untuk menghasilkan penggambaran salah satu iklan daripada lokasi yang paling tinggi di dunia.

Sehingga kini, video berkenaan mendapat lebih sejuta tontonan selepas hanya sehari sahaja ia dimuat naik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca