Iklan Akan Mula Dipaparkan Di Aplikasi WhatsApp Bermula Tahun 2020

Sebut sahaja WhatsApp, pasti semua orang tahu tentang platform pemesejan popular ini. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan majoriti individu di muka bumi ini mempunyai aplikasi WhatsApp dalam telefon pintar mereka dan menggunakannya setiap masa.

Salah satu sebab utama orang ramai memilih untuk menggunakan aplikasi WhatsApp adalah kerana ia tidak memaparkan sebarang iklan. Majoriti pengguna menganggap kewujudan iklan dalam sesuatu aplikasi secara tidak langsung mengganggu mereka.

Walau bagaimanapun, Facebook dikatakan mempunyai perancangan untuk memaparkan iklan di aplikasi ini sepertimana mereka lakukan terhadap aplikasi-aplikasi lain di bawah payung mereka.

Memetik laporan BGR, iklan akan mula dipaparkan di aplikasi WhatsApp bermula pada tahun 2020. Perkara ini telah pun disahkan dalam acara Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda pada bulan Mei lepas. Difahamkan, iklan yang memenuhi skrin akan dipaparkan pada bahagian Status.

Apabila pengguna memilih untuk leret ke atas (swipe up), mereka akan dibawa ke pautan produk atau perkhidmatan yang diiklankan. Dalam erti kata lain, iklan di aplikasi WhatsApp bakal menggunakan format yang sama seperti yang dilihat di Instagram Stories.

Tinjauan kami di media sosial mendapati pengenalan iklan di aplikasi WhatsApp ini menerima pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya tidak begitu senang dengan perkara ini memandangkan ia dikatakan akan mengganggu mereka menggunakan aplikasi itu. Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet berhubung pengenalan iklan ini:

Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah pengenalan iklan di aplikasi WhatsApp akan mengganggu pengalaman pengguna (user experience)?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca