IKEA Akan Membuka Cawangan Baru Di Utara Semenanjung Pada 14 Mac 2019

Orang utara yang meminati perabot dengan rekaan unik juga hidangan meatball yang menyelerakan dari IKEA pasti akan teruja dengan pengumuman ini. Tak perlulah lagi ke Damansara, Cheras atau jauh sehingga ke Tebrau kerana IKEA akan membuka cawangan mereka di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac 2019.

Pengurus IKEA Batu Kawan, Arumugam Pathmalingam berkata, cawangan baru itu adalah yang keempat di negara ini, mempunyai lebih kurang 43,600 meter persegi ruang runcit dan akan menampilkan lebih daripada 8,000 jenis produk.

“Cawangan itu juga akan mempunyai 49 bilik pameran, pasar, restoran dan kedai roti. Kami menjangkakan ia akan menarik kira-kira 50,000 orang pelawat setiap minggu,” ujarnya, menurut sumber, The Edge Markets.

“Dengan pembukaan IKEA Batu Kawan, gedung pertama di kawasan utara ini yang merupakan sebahagian daripada pelan pengembangan keseluruhan di Asia Tenggara, ia dilihat bakal meluaskan lagi akses mudah kepada kelengkapan rumah bereka bentuk menarik, berfungsi dan berkualiti pada harga mampu milik. Bersama-sama, kami berusaha ke arah merealisasikan visi IKEA yang dikongsi dalam mencipta kehidupan yang lebih baik untuk orang ramai di Utara Malaysia,” ujar beliau lagi menerusi laman web IKEA.

Gedung IKEA Batu Kawan dihubungkan melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang dari pulau dan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Pembukaan cawangan IKEA terbaru ini pasti akan menarik orang Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis terutama pada mingu-minggu awal pembukaan nanti.

Amacam orang utara, teruja tak?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca