Ikatan Kekeluargaan Tetap Utuh, Keluarga Muslim Ini Sanggup Ziarah Kubur Mendiang Nenek Di Perkuburan Kristian

“Perbezaan agama tidak menghalang kasih terhadap ibu yang telah tiada,” demikian kata seorang guru di laman Facebook miliknya pada 2 November lalu.

Menurut Cikgu Emmet, dia ternampak kelibat beberapa orang yang memakai baju kurung dan bertudung di kawasan perkuburan Kristian.

Mereka juga turut dilihat membersihkan perkuburan berkenaan dan salah seorang daripadanya ialah guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan iaitu Cikgu Dayang Rafidah Awang Osman.

 

Kata Cikgu Rafidah, beliau bersama ibu serta ibu saudaranya yang beragama Islam membersihkan kubur mendiang neneknya.

Walaupun kelihatan janggal kerana mereka merupakan keluarga Muslim namun kehadiran mereka sebenarnya disapa baik malah disambut dengan senyuman daripada pengunjung kawasan perkuburan terbabit.

Guru wanita terbabit tidak akan sesekali memutuskan rasa kasih dan sayang kepada keluarga sebelah ibunya walaupun berbeza agama.

Rasa kasih terhadap neneknya itu terus ditautkan dengan menyantuni pusara mendiang.

Dalam pada itu Cikgu Emmet mendedahkan pada 2 November lalu merupakan hari All Soul Day iaitu hari di mana ramai sanak saudara menziarahi pusara orang tersayang.

Penganut Kristian terutamanya akan membersihkan pusara ibu atau bapa serta saudara mara yang telah tiada di samping menukar bunga di jambangan.

Lanjut dalam postingannya itu, Cikgu Emmet meminta orang ramai mengambil tahu perihal kepercayaan agama orang lain walaupun berbeza kaum untuk membimbing rohani agar berupaya menjadikan kita manusia yang baik dan pekerti tinggi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca