*Gambar di atas sekadar hiasan.
Seorang wanita ini berkongsi pengalaman yang luar jangkaan apabila ikan yang dibelinya untuk dibuat makan malam hidup walaupun telah dibekukan selama 48 jam.
Cindy Lao dari Cheltenham, United Kingdom, membeli ikan kap jenis Crucian daripada penjual ikan tempatan di Greenford semasa melawat rakan-rakan di London untuk sambut Tahun Baru Cina pada bulan Februari yang lalu.

Selepas pulang ke rumah, Cindy terus memasukkan ikan itu dalam peti sejuk.
Namun 2 hari kemudian, sewaktu Cindy membawa keluar ikan kap tersebut untuk dijadikan lauk makan malam alangkah terkejutnya apabila mengetahui ikan kap itu masih hidup.

Mengikut laporan dari Metro, pasangan Cindy iaitu Paul Lewis-Borman menyatakan Cindy memanggilnya untuk melihat keadaan ikan itu.
Mereka berdua mendapati insang ikan kap tersebut masih bergerak dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Paul berfikir untuk menyingkirkan ikan yang malang itu daripada terus sengsara tetapi Cindy memikir ikan itu adalah satu keajaiban masih hidup.
Jadi mereka meletakkan ikan itu dalam tab mandi sebelum dipindahkan dalam bekas yang sesuai.
Menerusi portal Let’s Talk Science menjelaskan bahawa ikan boleh bertahan dalam keadaan sejuk beku kerana ia mengandungi protein ‘antibeku’ dalam darahnya. Ikan jenis Artik dan Antartika mempunyai protein ini dalam darah mereka.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: