Para saintis telah menemui bukti mengenai spesies ikan paus berusia sekitar 42 juta tahun di pantai Peru. Ini merupakan penemuan yang cukup menakjubkan di mana ikan paus ini mempunyai ciri khas yang luar biasa iaitu berkaki empat yang mungkin digunakan untuk berjalan di atas darat.

Menurut Gizmodo, iaitu laman sains fiksyen, penemuan spesies Pacificus Peregocetus merupakan sesuatu yang mampu memberi kesan terhadap evolusi mamalia laut ini.

Bukti fosil telah menunjukkan bahawa ikan lumba-lumba dan ikan paus yang moden berasal daripada binatang kecil, berkaki empat dan berbulu yang hidup di Asia Selatan semasa zaman Eosen sekitar 50 juta tahun yang lalu.

Komuniti saintifik sebelum ini telah mengatakan bahawa haiwan ini telah berjaya menetap hingga ke Amerika Utara 41.2 juta tahun yang lepas. Apa yang membuat penemuan terbaru ini sangat menarik adalah penemuan ikan paus berkaki empat ini sudah berusia 42.6 juta tahun.

Selain itu, penemuan ini juga pernah diterbitkan dalam jurnal Biologi Semasa, menjelaskan bahawa paus kuno asalnya dikenali di Amerika Selatan, bukan Amerika Utara dan rumah pertama mereka adalah di Hemisfera Barat.

“Kami telah mengetahui bahawa ikan paus berkaki empat telah wujud hingga ke Amerika Utara, tetapi ini adalah rekod pertama yang boleh dipercayai dari Amerika Selatan dan juga yang pertama dari Hemisfera Selatan,” kata Felix Marx, ahli paleontologi dari Universiti Li├Ęge di Belgium.

Para saintis amat terkejut apabila melihat bangkai paus tersebut dalam keadaan baik termasuklah rahang, kaki depan, kaki belakang, sebahagian tulang belakang dan ekor di pantai Peru Media Luna pada tahun 2011.

“Ini adalah rekod pertama tulang ikan paus yang tidak dapat dinafikan bagi seluruh lautan Pasifik, mungkin yang paling tua di Amerika dan yang paling lengkap di luar India serta Pakistan,” jelas Olivier Lambert, ahli paleontologi di Royal Belgian Institute of Natural Science.

Spesies ini berupaya melintasi kedua-dua kawasan iaitu tanah dan laut. Ikan paus ini agak besar dengan ukuran panjang lebih kurang 13 kaki.

Paus purba ini dipercayai telah sampai hingga ke Amerika Selatan dengan menyeberangi selatan Lautan Atlantik dari pantai barat Afrika.

Sebelum itu, Peregocetus mungkin membuat perairan Pasifik sabagai tempat mereka terutamanya di sepanjang pantai Peru sebelum memulakan perjalanan mereka ke Amerika Utara.

“Ia mempunyai implikasi yang sangat menarik untuk pemahaman kami tentang evolusi ikan paus. Mungkin ada kisah evolusi ikan paus yang berlaku di Amerika Selatan dan di tempat lain yang kami masih tidak tahu,” kata Erich Fitzgerald.

Komuniti saintifik secara keseluruhannya terpesona melihat penemuan ini dan tidak sabar untuk melihat pendedahan baru seterusnya tentang evolusi ikan paus.

Penulis

  • Aiman Aqil Zaini adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
0
love
0
haha
0
wow
0
sad
0
angry