Ikan Gergasi Naik Darat Cetus Tanda Tanya Gempa Bumi Bakal Berlaku

Penemuan seekor ikan gergasi dari laut dalam di pesisiran pantai Mexico sekali gus membuatkan orang ramai mengaitkannya dengan petanda gempa bumi bakal berlaku.

Ikan aneh yang mempunyai panjang berukuran empat meter itu ditemui oleh seorang jurutera akuakultur, Fernando Cavalin bersama rakannya, David de Zabedrosky.

Mereka kemudiannya menangkap gambar bersama ikan berkenaan sebelum memuat naiknya di media sosial. Dalam sekelip mata, foto memaparkan ikan yang sudah mati dan sedikit mereput di kawasan air cetek itu berjaya mencuri perhatian warganet dan menjadi tular.

Tinjauan kami di media sosial mendapati penemuan ikan dari laut dalam itu terus dikaitkan dengan teori ancaman gempa bumi atau banjir besar akan berlaku dalam masa terdekat.

Sumber: Britannica

Untuk rekod, kejadian yang sama pernah berlaku pada tahun 2011 di mana ikan dari laut dalam ditemui terdampar di kawasan pantai dan beberapa hari selepas itu, gempa bumi melanda bumi Fukushima.

Walau bagaimanapun, teori ini (gempa bumi bakal berlaku) hanyalah ramalan orang ramai dan saintis kini masih lagi mengkaji penemuan ikan berkenaan. Buat masa ini, tiada apa-apa amaran gempa bumi dikeluarkan.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca