Ikan Apakah Yang Bernafas Melalui Paru-paru?

Pernahkah anda melihat ikan paus? Penulis sendiri pun tidak pernah melihat paus dengan lebih jelas dan dekat tetapi penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tentang beberapa fakta yang menarik mengenai spesis ini yang perlu anda semua ketahui.

Walaupun ianya masih hidup di lautan tetapi paus sebenarnya bukanlah tergolong dalam keluarga ikan dan paus diketagorikan dalam golongan keluarga mamalia.

Namun seperti haiwan mamalia yang lain, paus juga mempunyai ciri-ciri tersebut seperti:

1. Bernafas melalui paru-paru
2. Mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat tetapi bagi paus dewasa hampir tidak mempunyai bulu)
3. Merupakan haiwan berdarah panas
4. Mempunyai organ penyusu dan menyusukan anak
5. Mempunyai empat ruang jantung

Adakah anda tahu? Paus purba berevolusi pada pertengahan tempoh Eocene iaitu kira-kira 50 juta tahun dahulu. Salah satu paus yang terawal pupus adalah Basilosaurus yang mempunyai kepala kecil bermuncung, menonjol dan bergigi. Saiz Basilosaurus berukuran 25 meter panjang.

Pada masa kini terdapat dua jenis paus iaitu ikan paus Odontoceti bergigi dan paus Baleen Mysticeti.

Penulis akan menerangkan tentang paus Odontoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut) dan mempunyai satu lubang punca pernafasan di belakang badannya.

Manakala bagi paus Baleen Mysticeti pula bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan ia mempunyai struktur yang dikenali sebagai Baleen yang mempunyai bentuk sikat untuk menyaring plankton daripada air dan turut mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Tahukah anda bahawa paus mempunyai 80 jenis spesis di dunia ini termasuklah 11 spesis “Baleen whales” dan 69 spesis “toothed whales” yang turut merangkumi ikan lumba-lumba.

Walaupun kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat beberapa spesis ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang digelar sebagai “Chinese River Dolphin” yang tinggal di kawasan air tawar.

Adakah anda percaya bahawa ikan paus adalah haiwan yang bijak kerana mempunyai otak yang besar dan kompleks tetapi kebijaksanaan itu masih belum dibuktikan lagi daripada mana-mana pihak.

Ikan paus merupakan spesis yang terancam dan hampir pupus di dunia, penulis berharap agar para pembaca dapat memelihara habitat ini supaya generasi akan datang dapat melihatnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca