Bukan Sekadar Melepas Batuk Di Tangga, 3 Tips Untuk Latihan Industri Yang Cemerlang

Latihan industri diwujudkan bertujuan untuk mengembangkan bakat yang ada pada bakal graduan universiti bagi menempuhi dunia pekerjaan yang lebih mencabar. Ia juga bertujuan untuk memberi gambaran realiti terhadap alam pekerjaan yang bakal ditempuhi.

Latihan industri adalah sebuah platform di mana pelajar dapat mengasah diri dengan pelbagai moto skill yang ada, tidak hanya belajar di dalam dewan kuliah sahaja.

Ikuti 3 tip idea positif untuk menjalani Latihan Industri.

1. Bersedia Awal

Pelajar perlu mengetahui organisasi yang bakal menjadi tempat latihan industri dengan mendapatkan maklumat melalui laman sesawang atau FB Page.

Memastikan pelajar mengetahui skop atau modal latihan yang diberi kerana alam pekerjaan bukan seperti alam universiti dengan menyalin nota di dewan kuliah. Sebaliknya, kerja yang dilakukan perlu dibuat sendiri.

Di sini pengetahuan akademik pelajar akan diuji dengan pelbagai moto skil yang dimiliki.

2. Hari Pertama di Tempat Praktikal

Datang 10 minit awal dan kenalpasti lokasi organisasi. Kelewatan pelajar pada hari pertama akan menyebabkan tempat Latihan Industri dibatalkan. Majikan tidak suka berurusan dengan pelajar yang mempunyai masalah displin.

Pelajar perlu pamerkan personaliti dengan penampilan yang rapi. Pelajar boleh menghubungi majikan untuk mendapatkan nasihat pemakaian yang bersesuaian. Ambil sarapan pagi supaya prestasi pelajar tidak tercalar hanya kerana perut yang kosong.

Apabila pintu pejabat belum dibuka, elakkan berlegar di hadapan pintu utama. Cari tempat sesuai sementara pejabat dibuka. Apabila pintu sudah dibuka, terus masuk dan memperkenalkan diri.

3. Bawa Dokumen Berkaitan dengan Lengkap

Bawa segala dokumen semasa menghadirkan diri ke tempat kerja iaitu surat tawaran bekerja dan surat yang mengandungi maklumat untuk penilaian pelajar dari pihak Universiti.

Kebiasaanya pelajar akan diminta untuk mengisi dokumen syarikat. Seharusnya diingat, pelajar perlu menbawa pen sendiri, ia bagi mengelakan pihak syarikat memandang serius terhadap hal yang mudah seperti itu.

Semoga para pembaca, terutama pembaca yang akan menjalani Latihan Industri mendapat manfaat!

Selamat Berpraktikal!

Artikel Lain Untuk Di Baca