Ibu Tiri ‘Snow White’ Dedah Sudah 5 Tahun Tiada Kekasih

Aktres terkenal Hollywood, Charlize Theron mendedahkan bahawa dia sudah lima tahun tidak bercinta dengan mana-mana lelaki dan hanya mahu menjalin hubungan dengan lelaki yang penuh permainan hidup.

Theron yang berusia 45 tahun itu berkata, tiada sebab untuk dirinya kembali bercinta sekiranya lelaki itu tidak membawa perkara baharu dalam hidupnya.

Sumber: Instagram Charlize Theron

“Saya pernah bercinta beberapa kali namun sudah lima tahun tiada kekasih. Saya rasa diri dalam fasa yang mana kamu perlu hadir dengan pelbagai permainan hidup.

Bukan jenis permainan yang kamu fikir permainan biasa itu. Permainan yang boleh membawa perkara baharu buat saya memandangkan kehidupan saya sekarang memang sangat seronok.

Saya tidak akan menerima jika apa yang ditawarkan kurang daripada apa saya harapkan,” katanya menjelaskan kriteria teman hidup yang dicarinya buat masa sekarang.

Sumber: Instagram Charlize Theron

Pada masa yang sama, Theron yang memegang watak sebagai ibu tiri Snow White dalam filem ‘Snow White and the Huntsman’ mengakui dia langsung tidak pernah berasa sunyi meskipun tiada kekasih. Menurutnya, dia sangat bahagia dengan kehidupannya sekarang bersama dua orang anak angkat iaitu August dan Jackson.

Untuk rekod, bintang ‘Mad Max: Fury Road’ itu pernah menjalin hubungan dengan Stuar Townsend sejak tahun 2002 tetapi mereka berpisah pada tahun 2010. Pada tahun 2013, dia kemudian bercinta dengan aktor Sean Penn tetapi hubungan tersebut menemui titik noktah pada tahun 2015.

Apa-apa pun, diharapkan agar Theron akan bertemu dengan lelaki idamannya nanti.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan industri hiburan Hollywood, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca