Siapa sangka bahawa ada ibu sanggup menuang peluntur di dalam tiub makanan anaknya. Brooke Evelyn Lucas, 26, didakwa cuba membunuh anaknya, William, yang lahir dengan masalah sindrom ‘Pierre Robin’.
Bayi malang itu dilahirkan 14 minggu pramatang. Ia memerlukan rawatan berterusan dan bantuan tiub untuk makan dan bernafas sejak dilahirkan lagi.
Menurut polis di Perth, Australia, ibunya ditangkap dan didakwa dengan niat membunuh atau membahayakan nyawa manusia, berikutan dengan kejadian yang dilakukannya itu.
Evelyn dipercayai menuang peluntur ke dalam tiub makanan anaknya pada 29 Disember lalu, lebih kurang seminggu selepas bayi malang itu dibenarkan keluar dari hospital, 9News Australia.
Sebelum kejadian itu, Evelyn telah membuat posting: “William telah dibenarkan keluar dari PCH dan akan meraikan Krismas pertamanya di rumah.
Saya menangis selepas dia sakit pada Jumaat dan Sabtu dan dia perlu dimasukkan ke hospital.”
Evelyn yang menggelarkan anaknya sebagai ‘keajaiban Krismas’ di media sosial ditahan dalam tahanan sehingga didakwa ke mahkamah buat kali kedua. Keadaan bayi itu pada ketika ini berada dalam keadaan kritikal.
Sumber: MetroUK