Ibu Ini Dakap Jenazah Anaknya Semalaman Kerana Tidak Mampu Untuk Kebumikan

Seorang ibu hanya mampu mendakap jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan semalaman setelah meninggal dunia akibat demam panas.

Si ibu tersebut dikatakan terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah anaknya kerana kesempitan hidup.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah sebelum seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji menyedari tentang perkara tersebut.

Kata Laili Basir, Pengasas Rumah Ngaji, pihaknya membantu menguruskan jenazah bayi lelaki tersebut bersama bantuan tiga orang guru agama dari kampung yang lain.

Ibu itu dikatakan tinggal menumpang di rumah tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya yang berusia dua tahun.

Seorang sukarelawan menyedari tentang kejadian itu ketika sedang melalui di tempat tersebut dan melihat ibu berkenaan menangis.

Setelah ditanya, si ibu menjelaskan bahawa bayinya sudah meninggal dunia dan dia tidak mampu untuk menguruskan jenazahnya kerana tidak mempunyai apa-apa.

Laili turut menambah bahawa pihaknya bergegas menguruskan bayi tersebut dan selamat dikebumikan pada jam 1:30 tengah hari.

Ibu berkenaan dikatakan masih dalam keadaan trauma dan difahamkan telah meminta bantuan beberapa orang sebelum itu.

Menurut ibu berkenaan, keluarganya dilanda kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun akibat daripada masalah dadah.

Keluarga tersebut akhirnya dibantu dengan diberikan barangan asas untuk dua bulan serta bantuan lain yang sesuai dengan keperluan mereka.

Laili menjelaskan lagi, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat terutamanya buat mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun yang lalu.

Pihaknya juga telah bekerjasama bersama beberapa NGO di Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan yang memerlukan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca