Ibu Dan Bayi Berusia 14 Bulan Terkorban, Israel Salahkan Pejuang Palestin

Seorang bayi Palestin dipercayai terbunuh akibat serangan Israel di Semenanjung wilayah tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, bayi tersebut, Sabaa Arar yang baru sahaja berusia 1 tahun 2 bulan itu terbunuh selepas rumah mereka turut menjadi sasaran terbabit.

Ibunya yang berusia 37 tahun pula dipercayai mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di hospital. Lebih menyedihkan, wanita berusia 37 tahun itu sedang mengandung.

Sementara itu, seorang lagi kanak-kanak turut mengalami kecederaan parah.

“Mereka duduk di halaman rumah mereka bersama ibu mereka. Mereka terkejut dengan pendaratan peluru berpandu tersebut,” kata saudara kepada mangsa, Abu Nidal Abu Arar.

“Ini adalah perbuatan jenayah,” tambahnya lagi.

Menurut kementerian, sebelum itu, seorang lelaki Palestin berusia 22 tahun terkorban akibat serangan rejim itu, manakala 13 yang lain cedera.

Pada Sabtu lepas, seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai turut terbunuh apabila mangsa terkena dron berpandu Israel ketika sedang menunggang motosikal di utara Gaza.

Menurut jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, pihaknya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai insiden itu. Tambahnya lagi, ia cuma menyasarkan sasaran ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan roket.

“Menurut petunjuk, bayi dan ibunya meninggal dunia disebabkan aktiviti yang dilakukan penduduk Palestin dan bukan kerana serangan Israel,” katanya.

Artikel Lain Untuk Di Baca