Ibu Bersalin Secara Tak Sengaja, Bayi Baru Lahir Maut Dalam Mangkuk Tandas

Seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan maut akibat terjatuh ke dalam mangkuk tandas setelah ibunya melahirkan bayi itu secara tidak sengaja di sebuah rumah di belakang sebuah restoran di Parit 7, Sekinchan.

Ibunya yang hamil tujuh bulan telah melahirkan bayi tersebut secara tidak sengaja ketika hendak membuang air besar.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, melaporkan bahawa pihaknya telah menerima sebuah panggilan telefon berhubung kejadian pada 4:03 petang di Sekinchan itu.

Sebanyak sembilan orang anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Bayi berkenaan dikatakan telah dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun ketika hendak membuang air besar.

Beliau menambah, bayi tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat yang telah memecahkan mangkuk tandas yang mengambil masa kira-kira 10 minit.

Malangnya, bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Difahamkan, ibu mangsa sedang menjalani rawatan di Hospital Tanjung Karang dan kini dilaporkan stabil.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca