Ibu Bapa Di Filipina Kreatif Beri Nama Anak ‘Corona’

Rakyat Filipina terkenal dengan kisah inspirasi yang pelik dan luar biasa. Pantang sahaja satu peristiwa besar berlaku di sana, mereka akan pastikan peristiwa itu diabadikan bersama mereka. Ianya bertambah pelik apabila mereka memilih untuk mengingati peristiwa tersebut dengan menamakan anak mereka sempena peristiwa itu.

Terbaharu, wabak coronavirus (COVID-19) yang telah melanda 172 negara termasuk Filipina telah menjadi popular di sana apabila kebanyakan orang tua memilih untuk menamakan bayi mereka dengan nama ‘Corona’.

Melalui satu ciapan di laman sosial Twitter, Nina Cayosa mendakwa bahawa dia mendengar bahawa terdapat bayi perempuan yang dilahirkan pada 15 Mac lalu dan diberi nama Covid Bryant.

Walaupun ciapan itu tidak menyertakan apa-apa maklumat mengenai keluarga atau bayi tersebut, namun jika difikir, ianya masuk akal kerana kebanyakan rakyat Filipina sangat meminati mendiang Los Angles Lakers, Kobe Bryant.

Menurut laporan, terdapat keluarga yang menamakan anak mereka dengan nama Covid Lorraine dan Covid Rose. Walaupun kedengaran pelik, tetapi ia sedikit sebanyak menghiburkan. 

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca