“Ia Satu Penyeksaan,” Dr. Kevin Kesal Wanita Hamil Ini Tidak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Peserta Tabligh

Sedang negara dilanda masalah dengan penularan COVID-19 yang semakin meningkat, masih ada lagi manusia yang tidak bertangunggjawab dan mementingkan diri dengan menyembunyikan maklumat penting daripada doktor dan pegawai kesihatan yang terlibat.

Kes ini terjadi apabila seorang wanita berumur 30 tahun demam selepas bersalin telah positif COVID-19 dan pada ketika itu barulah beliau mengaku mempunyai kontak rapat dengan ahli keluarga yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu sekaligus telah membahayakan nyawa pegawai kesihatan yang merawat beliau kerana tidak mempunyai perlindungan yang sepatutnya.

Doktor Kevin, seorang doktor pakar bius di Kedah itu menyifatkan perkara ini sebagai satu penyeksaan kepada dia dan keluarga. Sejurus mendapat tahu wanita itu merupakan pesakit yang positif COVID-19, dia terpaksa mengasingkan diri daripada keluarga dan menghabiskan masanya di taman sekitar rumah.

Tambahan lagi kerana bimbang akan anak dan isterinya, beliau sanggup tidur di bilik berasingan pada waktu malam dan hanya berkomunikasi dengan keluarganya menggunakan video call dan Whatsapp. Beliau juga menyatakan bahawa isterinya sedang cuba menguatkan diri dalam mengharungi dugaan ini.

Walaupun telah mendapat ujian negatif, namun beliau masih risau akan sebarang kemungkinan ia boleh merebak kepada keluarganya.

Menurut beliau lagi dalam petikan di Malaysiakini, pada 18 Mac yang lalu beliau telah menerima panggilan kecemasan daripada wanita tersebut yang hendak bersalin. Selepas melakukan tugasnya, beliau telah pulang dan makan bersama dengan kedua orang tuanya yang turut berisiko.

“Saya terkejut dan sedih bila dapat khabar wanita itu diuji positif. Bukan kerana saya terdedah, tetapi keluarga saya dalam bahaya kerana tugas saya,” katanya. Ayahnya merupakan seorang yang berumur 75 tahun dan telah melalui pembedahan jantung.

Selain beliau, staf bilik bedah, staf wad bersalin dan juga konsultan turut diarahkan untuk menjalani kuarantin selama dua minggu.

“Hanya kerana seorang yang pentingkan diri, tolong beritahu perkara benar apabila doktor bertanya. Jangan sorok apa-apa informasi dari kami.

Sekurang-kurangnya kalau beritahu perkara sebenar, kami doktor boleh bersedia dan memakai PPE (sut perlindungan diri) ketika membuat pembedahan.

Dengan tidak beritahu, ia seperti menyerang kami, meminta kami pergi perang tanpa bawa senapang dan pakai perlindungan diri,” katanya.

Diharapkan selepas ini rakyat Malaysia lebih prihatin dan bertanggungjawab dengan tidak menipu pegawai kesihatan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Kelakuan anda boleh mengakibatkan ramai orang berpotensi untuk berjangkit malah ada yang boleh meragut nyawa.

Jika tidak mahu menjadi manusia yang meragut nyawa orang lain, pastikan anda duduk di rumah jika tidak mempunyai simptom atau kontak rapat dengan pesakit COVID-19. Jika anda mempunyai kontak rapat dengan pesakit, berlaku jujurlah dah benarkan pihak kesihatan melakukan tugasnya dengan baik.

Semoga Tuhan lindungi Malaysia.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca