“Ia Adalah Fitnah”, Polis Nafi Dakwaan Keluarga Terlibat Dalam Kematian Nora Anne

Meskipun punca kematian remaja perempuan warga Ireland iaitu Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari resort penginapan keluarganya sudah diketahui menerusi bedah siasat, namun ia masih tidak meletakkan titik noktah terhadap kes ini.

Seorang peguam iaitu Anne Brennan yang juga merupakan seorang aktivis kanak-kanak telah mendakwa bahawa keluarga Nora Anne mempunyai kaitan dengan kematian anak mereka.

Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan itu di mana menurut Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop, ia dibuat oleh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai sekitar jam 6 petang kelmarin selepas Anne membuat dakwaan itu di laman sosial Facebook miliknya.

“Laporan polis itu dibuat kerana ia jelas satu fitnah terhadap pasukan polis yang kini masih menjalankan siasatan berkenaan kes itu.”

“Ia akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya seperti yang dilaporkan Berita Harian.

Tambah Mohamad lagi, kenyataan yang dibuat peguam itu sama sekali tidak benar dan dia seolah-olah mempunyai niat jahat.

“Siasatan masih dijalankan. Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat olehnya,” katanya.

Dalam hantaran di Facebook itu, Anne mendakwa bahawa keluarga Nora Anne terang-terang berusaha untuk menghalang keadilan bagi kematian darah daging mereka itu.

Untuk rekod, Nora Anne datang ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarga selama dua minggu. Mereka tiba di sini pada 3 Ogos lalu dan menginap di Resort The Dusun Pantai Hill. Menurut keluarga mangsa, anak mereka itu sudah tiada di bilik penginapan sekitar jam 8 pagi pada Ahad sebelum operasi pencarian dilancarkan. Mayatnya ditemui kira-kira jam 1.57 tengah hari Selasa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca