Satu bunyi bisikan yang begitu menyeramkan berjaya dirakam oleh sebuah kamera loceng pintu.

Kamera berkenaan merakamkan dari satu sudut iaitu pintu hadapan sebuah rumah, menghala ke jalan raya. Pada masa yang sama, terdapat beberapa pokok di luar rumah berkenaan yang turut dirakam kamera itu.

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat pada mulanya, tiada apa yang pelik berlaku.

Namun begitu, sesuatu yang mampu membuatkan siapa sahaja yang mendengarnya seram sejuk telah berlaku pada rakaman ke-47 saat. Satu bunyi yang sangat menyeramkan dapat didengari dan ia seolah-olah menyebut “I will kill you (Saya akan bunuh kamu)”.

Video tersebut telah dimuat naik oleh kumpulan Paranormal Haunted AF di laman YouTube.

Ruangan komen dipenuhi dengan coretan warganet dan antaranya termasuklah, “Ia kedengaran begitu berbeza dengan semua bunyi angin yang anda dengar sebelum saat ke-47 itu.”

Seorang lagi telah menulis, “Saya cadangkan anda bakar sahaja rumah anda dan lari sepantas yang boleh.”

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda