Hyuna Dan Dawn Putus, Setuju Kekal Sebagai Rakan

Pada 30 November, HyunA telah memuat naik gambar yang bertulis di akaun Instagram miliknya untuk memberitahu peminat bahawa hubungannya bersama Dawn telah berakhir selepas 6 tahun bercinta.

Menerusi hantaran di Instagram, HyunA menulis “Kami putus. Kami mengambil keputusan untuk kekal sebagai rakan dan rakan sekerja yang baik. Terima kasih atas sokongan anda dan melihat kami dengan penuh kasih sayang.

Dawn juga kongsikan berita ini di akaun Instragram miliknya dengan menyatakan walaupun sudah berpisah tetapi akan tetap sokong Hyuna sebagai artis yang berbakat.

Perkongsian ini sangat mengejutkan peminat kerana bintang K-Pop ini baru sahaja mengumumkan pertunangan pada bulan Februari yang lalu dengan berkongsi gambar set cincin sepadan di Instagram.

Sumber: Instagram

HyunA dan Dawn mula bercinta pada tahun 2016. Lalu mengesahkan hubungan mereka di khalayak ramai pada tahun 2018.

Percintaan mereka ini juga terdapat banyak halangan seperti bekas agensi mereka iaitu CUBE Entertainment telah menamatkan kontrak Hyuna dan Dawn pada 2018.

Kemudian, pasangan ini menandatangani kontrak di syarikat yang sama iaitu P Nation pada tahun 2019 selama tiga tahun.

Sumber: Allkpop

 HyunA dan Dawn juga pernah mengeluarkan album bersama yang bertajuk 1+1=1.

Pengumuman ini meninggalkan pelbagai reaksi dan emosi terhadap peminat. Walau bagaimanapun ramai yang mengharapkan terbaik untuk Hyuna dan Dawn untuk masa depan mereka.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca