Hutang Meningkat Dan Jualan Merosot, Jenama Tupperware Mungkin Akan Muflis

Jenama Tupperware sangat terkenal sebagai jenama bekas makanan yang sangat popular sehinggakan ramai orang menggunakan jenama itu apabila merujuk kepada apa sahaja bekas plastik.

Sumber: Straits Times

Syarikat yang sudah wujud selama 77 tahun itu kini berdepan masalah hutang meningkat dan kemerosotan penjualan yang mencetuskan amaran mungkin jatuh muflis.

Meskipun terdapat usaha untuk memperbaharui produk-produknya sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetap gagal untuk mengelakkan kemerosotan pada penjualannya.

Sumber: The Seattle Times

‘Parti Tupperware’ syarikat itu menjadi ikon sewaktu revolusi pengguna pada tahun 1950-an dan 1960-an dan produknya yang kedap udara dan kedap air menggemparkan pasaran ketika itu.

Namun, model perniagaan utamanya yang menggunakan penjual yang bekerja sendiri dari rumah mereka, sudah agak lapuk dan dihentikan sepenuhnya di United Kingdom (UK) pada 2003.

“Kami menggunakan nama Tupperware sebagai satu kata nama. Ia agak janggal buat sesebuah jenama,” kata Catherine Shuttleworth, pengasas syarikat analisis runcit Savvy Marketing.

Sumber: Must Share News

Peningkatan penjualan sewaktu pandemik COVID-19 didorong oleh orang ramai yang mula memasak dan membuat kuih di rumah dapat memulihkan harga saham Tupperware yang mengalami kemerosotan namun kenaikan hanya sementara.

Sejak itu, penjualannya merosot, sebahagian besarnya kerana syarikat itu tiada inovatif sepanjang 10 hingga 20 tahun yang lalu untuk bersaing dengan pesaing-pesaingnya.

Saham Tupperware menjunam pada Isnin (10 April) dan walaupun pulih sedikit pada Selasa (11 April), terdapat kebimbangan, tanpa sokongan kewangan, Tupperware mungkin akan muflis.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca