Hukuman Penjara 15 Tahun, Lelaki Ini Makan Ibu Kandung

hukuman-penjara-15-tahun-lelaki-ini-makan-ibu-kandung
hukuman-penjara-15-tahun-lelaki-ini-makan-ibu-kandung
Sumber: Berita Harian

Seorang pelayan Sepanyol telah dikenakan hukuman penjara 15 tahun kerana didapati bersalah setelah membunuh ibunya serta menyimpan bahagian badan mangsa di dalam peti sejuk dan memakannya ‘sepotong demi sepotong’ dengan anjingnya.

Pembunuh kanibal, Alberto Sanchez Gomez yang berusia 28 tahun ini tinggal bersama ibunya, Maria Soledad Gomez di Ventes, Madrid.

Difahamkan daripada sumber portal Daily Mail, Sanchez Gomez telah mencekik ibunya berusia 68 tahun itu sebelum membongkar rumah dan memakan sebahagian mayat selepas perbicaraan pada bulan Mei.

Para juri, enam wanita dan tiga orang lelaki telah menolak dakwaan Sanchez Gomez dengan mengatakan bahawa dia mengalami ‘episod psikotik’ ketika membunuhnya ibunya.

Menurut laporan daripada portal rasmi BBC, Sanchez Gomez memberitahu kepada pihak polis semasa penangkapannya pada 21 Februari 2019, dia telah makan ibunya ‘sedikit demi sedikit’ dengan anjingnya.

Apabila waran geledah rumah dikeluarkan, detektif yang bertugas menyiasat kes berkenaan telah menemui bahagian-bahagian mayat Maria Soledad Gomez yang dimasukkan dalam bekas plastik serta disimpan dalam peti sejuk. Bukan itu sahaja, dalam laci juga turut ditemui cebisan mayat tersebut di sekitar rumah keluarga itu.

Laporan tempatan pada ketika itu mengatakan bahawa anggota badan mangsa telah dipotong menjadi lebih dari 1,000 kepingan kecil.

Sanchez Gomez dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun 5 bulan, setelah disabitkan dengan pembunuhan selain penodaan mayat manusia selepas perbicaraan selama dua minggu di mahkamah Provinsi Audiencia Madrid.

Hukuman itu dibuat dengan teliti dalam keputusan bertulis yang diumumkan pada 15 Jun lepas.

Menurut kenyataan daripada pendakwa, dakwaan yang diajukan ke mahkamah menjelang perbicaraan mengatakan, pembunuh kanibal menggunakan alatan gergaji tukan kayu serta dua pisau dapur untuk memotong mayat ibunya.

Sewaktu ayahnya meninggal pada usianya 15 tahun, Sanchez Gomez mengaku di mahkamah bahawa dia telah mendengar mesej tersembunyi ketika dia sedang menonton televisyen dan kedengaran satu suara yang mengatakan kepadanya, ‘bunuh ibumu’.

Dia memaklumkan kepada mahkamah Audiencia Provinsi Madrid berhubung dengan apa yang didengarnya itu merupakan suara jiran, kenalan dan selebriti.

Namun, dia menegaskan bahawa dia tidak mengingati telah memotong atau memakan mayat ibunya ketika pihak polis bergegas ke lokasi kejadian.

“Saya bertaubat atas apa yang berlaku. Saya mengalami gangguan kegelisahan.”

“Saya fikirkan keadaan ibu dan saya berasa benar-benar patah hati”, katanya semasa ucapan terakhir di pengadilan.

Para juri mendengar pelaku yang disabitkan, Sanchez Gomez dikatakan sering menggunakan dadah dan alkohol.

Dia juga pernah ditangkap sebanyak 12 kali kerana menganiaya ibunya sebelum keputusan terakhir hukuman penjara dikeluarkan secara rasmi. Bahkan juga, dia telah melanggar perintah penahanan ketika penangkapannya.

Seorang pegawai polis yang meberikan keterangan semasa perbicaraan mengatakan bahawa Sanchez telah mencekik ibunya dari belakang ketika perbalahan berlaku.

Pada masa yang sama, Sanchez juga memaklumkan bahawa dia telah memakan anggota ibunya. Ada beberapa bahagian anggota telah dimasak dan ada juga yang mentah.

Bukan hanya setakat itu sahaja, Sanchez juga telah memberikan makan pada anjingnya beberapa cebisan mayat ibunya selama dua minggu berikutnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca