Sepasang pengantin dari Indonesia menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.
Seperti yang semua sudah sedia maklum, kumpulan rock ternama United Kingdom itu bakal menemui peminat-peminat mereka di Indonesia pada 15 November dan Malaysia pada 22 November ini.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat sama ada hukum pemberian tiket Coldplay sebagai mas kahwin adalah sah atau sebaliknya.
Hukum beri tiket Coldplay sahaja sebagai mas kahwin

Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjawab persoalan ini dengan menyifatkan bahawa pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai dan perkara itu juga bercanggah dengan hukum syarak.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga. Adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu. Tiket itu mana nilainya daripada segi syarak bercanggah.
Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” jelas Abdul Rahman.
Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan bahawa perkahwinan tetap sah walaupun mas kahwin tidak disebut semasa akad nikah. Walaupun begitu, jika hanya tiket Coldplay diberikan semata-mata dan menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Pengantin jadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin

Dalam video yang dimuat naik di Twitter pada 21 Mei (Ahad) lalu, wali pengantin perempuan bersalaman dengan pengantin lelaki sambil membaca akad pernikahan.
Sekiranya anda menonton video itu, salah satu mas kahwin yang diberikan kepada pengantin perempuan adalah tiket Coldplay.
“Saya akan mengahwinkan anak kandung saya Anestasya Ayu Widiadhana kepada kau dengan mas kahwin 21 gram logam berharga satu set alat solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai,” kata wali ketika majlis pernikahan itu.
“Saya terima nikahnya Anestasya Ayu Widiadhana binti Ahmad dengan mas kahwin yang tersebut tunai,” jawab pengantin lelaki.
Anda boleh tonton video penuh di sini.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: