Come on guys dah masuk tahun baru kan, takkan tempat lepak pun korang masih nak yang sama kan? Korang mesti terfikir mana lagi port lepak terbaik kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Haa…penulis akan kongsikan port lepak yang best untuk ambil angin malam dan santai-santai melepaskan tekanan.
3 port lepak yang korang boleh terjah.
1. Stratosphere Rooftop Bar KL
Memang sangat-sangat sesuai untuk korang yang nak lepak dan santai-santai di beanie bags siap meja and rooftop guys! Haa sambil-sambil itu bolehlah korang mengira bintang bersama kawan-kawan dan yang lagi best dengan latar belakang bangunan KLCC. Manakala, korang juga akan dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu jazz yang semestinya memberikan korang ketenangan.
2. Heli Lounge Bar
Kalau korang rasa nak tukar angin sikit, boleh lah terus ke Heli Lounge Bar yang juga menawarkan suasana yang sama. Sememangnya beratapkan awan yang terbentang luas. Namun, korang pun boleh melihat matahari terbenam dari sini sambil merenung kisah cinta korang yang senasib seperti senja.
3. Shah Alam Lake Gardens
Selepas menelusuri langit, apa kata korang dengar siulan burung-burung pula atau nak cuba berjinak-jinak dengan alam. Korang bolehlah terus ke Shah Alam Lake Gardens. Haa apa yang menarik kat sini korang juga bolah berkayak sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Oh indah bukan!
So, apa lagi korang bolehlah menikmati 3 port lepak yang mengujakan ini!