Hujan Batu Di Sepanyol, Ragut Nyawa Kanak-Kanak 1 Tahun

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 1 tahun menemui ajal selepas kepalanya ditimpa dengan hujan batu di Catalonia, Sepanyol.

Sumber: BBC

Ketika kejadian berlaku, kanak-kanak tersebut berada bersama keluarganya.

Selepas mendapati kanak-kanak itu cedera parah, mangsa terus dikejarkan ke Hospital Josep Trueta di Girona.

Namun beberapa jam kemudian, pihak hospital mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Ribut kuat ini telah mengakibatkan 30 orang tercedera yang kebanyakannya cedera di bahagian kepala dan lebam di anggota badan.

Hujan batu bersaiz lebih kurang 10 cm menghujani di kawasan sekitar bandar La Bisbal d’Emporda.

Selain memberikan kecederaan kepada penduduk di sana, ribut kuat itu juga telah menyebabkan beberapa kereta dan tingkap pecah.

Sumber: EFE

Datuk Bandar, Carme Vall menyatakan hujan batu yang membentuk ketulan ais bersaiz sekitar 11 cm jatuh dalam 10 minit.

Menurutnya lagi, ribut hujan batu yang berlaku tahun ini adalah bencana yang paling buruk pernah berlaku dalam tempoh 20 tahun.

Ribut hujan batu ini dijangka akan berterusan di wilayah itu atas faktor gelombang panas yang sedang melanda di Laut Mediterranean.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca