Hugh Jackman Positif COVID-19 Sehari Selepas Tony Awards

Pelakon lelaki terkenal itu sekali lagi positif COVID-19 dan kali ini pula, selepas membuat persembahan di pentas Tony Awards.

Di Tony Awards, Hugh Jackman membuat persembahan lagu, Seventy-Six Trombones bersama pelakon-pelakon teater, The Music Man yang terkini. Dia menyanyi bersama Sutton Foster, juga pelakon utama dalam teater tersebut.

Jackman dan Foster pernah dijangkiti virus COVID-19 ketika persembahan pratonton The Music Man pada December lalu iaitu dua bulan sebelum teater tersebut bermula secara rasmi. Persembahan tersebut terpaksa dibatalkan kerana kedua-kedua pelakon utama tidak dapat beraksi.

Dengan dukacitanya, Jackman positif lagi walaupun semua yang hadir di Tony Awards sudah melakukan ujian COVID-19 sebelum menghadiri majlis anugerah itu.

Jackman berkongsi berita tersebut di Twitter dan turut menerangkan yang kali ini teater di Broadway, The Music Man tetap akan diteruskan dengan penggantinya.

“Dengan kecewanya, ujian COVID-19 saya positif lagi. Pelakon ganti saya, yang sangat berbakat, Max Clayton akan menggantikan saya. Maxi dan semua pelakon-pelakon ganti seluruh dunia, anda adalah adiwira teater. Anda yang menghidupkan ayat, ‘persembahan harus diteruskan’ (the show must go on),” tulis Jackman.

Pelakon Wolverine ini juga kecewa yang dia tidak dapat untuk memberi sokongan dan bersama dengan seluruh kru pada hari Clayton berpeluang untuk membuat persembahan di Broadway.

“Max dan saya sudah bekerjasama untuk persembahan ini selama dua tahun dan untuk ini, saya boleh beritahu, berdasarkan dari berada dalam bilik yang sama dengannya dan pengalaman, dia sememangnya luar biasa,” pujinya pada Clayton dalam rakamannya yang dikongsi.

Dia akhiri rakamannya dengan menyuruh Clayton untuk meluangkan masanya dengan terbaik ketika membuat persembahan dan dia akan ke sana secepat yang dia mampu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca