Hugh Jackman Dikecam Bazir Air Oleh Peminat Semasa Menunjukkan Kaedah Cuci Tangan

Pelakon terkenal antarabangsa iaitu Hugh Jackman dikecam peminatnya dalam satu video yang dimuat naik di Instagram peribadinya. Video itu memaparkan keprihatinannya menunjukkan kaedah membasuh tangan dengan betul berikutan penularan COVID-19 tetapi dia ditegur kerana terdapat pembaziran air yang berlaku semasa dia menunjukkan kaedah itu.

Teknik mencuci tangan dengan betul yang ditunjukkan Jackman memang seharusnya dipuji, tetapi silapnya apabila air paipnya tidak ditutup dan dibiarkan terbuka sementara merekod video berkenaan.

Hugh Jackman yang merupakan pelakon kelahiran Australia itu kemudian memadam hantaran video itu dan memuat naik video yang baru.

“Terima kasih semua kerana menegur kesilapan saya… menunjukkan teknik mencuci tangan dan membiarkan air tidak ditutup.”

“Saya langsung tidak terfikir perkara itu,” kata pelakon X-Men itu.

Video baru yang dimuat naik Jackman dengan kapsyen:

“Take 2. You’re ALL absolutely right. Turn off the tap whilst washing your hands. Smart, healthy practices for yourself .. and the planet.”

Hugh Jackman berterima kasih kepada semua yang menegurnya dan dia berpesan untuk cuci tangan serta jimatkan penggunaan air.

Apa-apa pun sama-sama kita menjaga kebersihan diri dan menjadikan ia sebagai salah satu usaha untuk membendung virus Covid-19 daripada terus merebak.

Untuk baca artikel lain berkenaan Covid-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca