Hubungan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Temui Titik Noktah Selepas 5 Tahun

Aktres terkenal tanah air, Mimi Lana mengesahkan hubungan percintaannya dengan pelakon Syafiq Kyle menemui titik noktah sejak sebulan lalu selepas lima tahun menjalin hubungan sebagai pasangan kekasih.

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin tidak mahu menyalahkan sesiapa sebaliknya dia mendedahkan hubungan itu tidak berjaya diselamatkan kerana mereka sudah tidak lagi mempunyai persefahaman.

Pelakon filem Pusaka itu tidak mahu mendedahkan punca sebenar hubungan mereka terlerai kerana dia menganggap ia perkara peribadi kepada dirinya.

Mimi sebaliknya berkata secara eksklusif kepada BH Online, “Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga. Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka tetapi anggap sahaja kami tidak mempunyai jodoh.”

Pelakon Cari Aku di Syurga ini turut mengaku dirinya sedih apabila terpaksa memutuskan hubungan tersebut, “Saya hanya berbohong kalau tidak sedih dengan perpisahan ini. Kami sudah cipta banyak kenangan bersama sepanjang lima tahun menjadi pasangan kekasih.

Saya tidak mempunyai pilihan lain kecuali kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup masih perlu diteruskan. Fokus saya sekarang adalah untuk terus memajukan diri dalam dunia lakonan.”

Mimi bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk digandingkan bersama pelakon drama Nur itu sekali lagi pada masa hadapan dalam projek drama atau filem atas dasar profesional.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca