Hormati Kobe Bryant, Peminat Tandatangan Petisyen Mahu Ubah Logo NBA

Pemergian Kobe Bryant pada Ahad lalu (26 Januari) terus diratapi oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan peminat di seluruh pelosok dunia.

Susulan pemergian mendiang Kobe, peminat bintang yang diberi julukan Black Mamba ini giat mempromosi sebuah petisyen untuk menghormati legasi yang ditinggalkan oleh beliau dalam arena bola keranjang.

Petisyen itu meminta agar logo Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) itu ditukarkan kepada imej Kobe.

Tidak berhenti di situ, petisyen Change.org itu turut memaklumkan dalam laman web, “Sila tandatangan petisyen ini untuk meletakkan imej Kobe Bryant dalam logo baharu NBA.”

Untuk pengetahuan anda, logo rasmi NBA telah memaparkan siluet bekas bintang Los Angeles Lakers, Jerry West sejak tahun 1971.

Dalam pada itu, nahas udara di California itu telah meragut nyawa sembilan orang penumpang termasuk Kobe dan anak perempuannya, Gianna Maria Onore yang dikenali sebagai GiGi.

Image
Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna
Image

Menurut laporan, helikopter persendirian yang dinaikinya terbakar dan terhempas di bandar Calabasas.

Sepanjang penglibatan beliau dalam arena bola keranjang selama 20 tahun, beliau telah merangkul kejuaraan NBA sebanyak lima kali bersama Los Angeles Lakers sebelum bersara pada April 2016.

Pencapaian terbaik Kobe sepanjang bergelar seorang atlet adalah apabila diangkat sebagai pemain NBA paling berharga (MVP) pada 2008.

Tidak berhenti di situ, Kobe pernah merangkul Oscar pada 2018 untuk filem animasi pendek Dear Basketball.

Petisyen itu menerima lebih daripada 1,101,977 tandatangan (pada waktu artikel ini ditulis).

Pada pendapat anda, adakah NBA akan mengubah logo mereka kepada imej Kobe pada masa hadapan?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai sukan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca