Hope Diamond, Misteri Sumpahan Batu Permata Dan Nasib Malang Pemiliknya

Hope Diamond merupakan berlian paling terkenal dalam sejarah, namun di sebalik keindahan batu permata ini, ia menyimpan seribu misteri kerana dikatakan sesiapa yang memegang dan memakainya akan bernasib malang.

Berlian Hope Diamond ini bernilai RM1 bilion namun sesiapa yang memilikinya akan kehilangan wang yang sangat banyak, bankrap, kegagalan dalam perniagaan, kemalangan misteri dan kematian.

Malah, pemilik Hope Diamond juga akan mewariskan badi sumpahan kepada keturunannya.

Sebelum digelar ‘Hope Diamond’, ia terkenal dengan nama ‘Blue Diamond’ dan mula dikenali dalam sejarah barat pada abad ke-17.

Kebanyakan pemiliknya terdiri daripada orang kaya dan individu yang berpengaruh. Namun, mereka telah ditimpa nasib malang yang kononnya disebabkan oleh Hope Diamond.

Batu permata ini masih menjadi misteri hingga sekarang. Tiada sesiapa yang berani memegang dan memakai berlian ini kerana takut terkena sumpahan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca