Hong Kong Akan Musnahkan Ribuan Hamster, 11 Sampel Positif COVID-19 Ditemui

hamster

Pihak berkuasa Hong Kong akan memusnahkan kira-kira 2,000 haiwan kecil termasuk hamster selepas dikesan positif virus COVID-19 pada haiwan terbabit dalam saringan yang dijalankan di bandar raya itu.

Keputusan tersebut diambil susulan selepas seorang pekerja di sebuah kedai haiwan peliharaan didapati positif varian Delta COVID-19.

Ini mendorong ujian dilakukan terhadap ratusan haiwan dan didapati sebanyak 11 sampel hamster menunjukkan keputusan positif, pada Selasa.

Oleh yang demikian, penjualan haiwan-haiwan peliharaan seperti hamster dan mamalia kecil tidak dibenarkan untuk sementara waktu.

Setiausaha kesihatan, Sophia Chan menjelaskan bahawa langkah berkenaan adalah untuk melindungi kesihatan orang awam.

“Beberapa hamster yang diimport dari Belanda yang dijual di kedai yang sama turut disahkan positif COVID-19.

“Terdapat kebarangkalian virus berkenaan telah menjangkiti manusia melalui haiwan-haiwan terbabit,” kata pengarahnya Leung Siu Fai.

Oleh itu, beliau menasihati pemilik haiwan peliharaan di bandar itu untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memantau kebersihan diri, mencuci tangan dan tidak mencium haiwan peliharaan.

“Walaupun tiada bukti yang mengesahkan bahawa virus COVID-19 disebarkan oleh haiwan peliharaan terhadap manusia, namun perlu ada langkah waspada.

“Pelanggan-pelanggan yang telah membuat pembelian di kedai berkenaan sebelum 7 Januari akan dikesan dan diarahkan menjalani kuarantin wajib,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, mereka turut diarahkan untuk menyerahkan hamster yang dibeli untuk dilupuskan oleh pihak berkuasa. Langkah memusnahkan haiwan itu turut mengundang kemarahan pencinta hamster di Hong Kong.

Namun pengendalian melupuskan hamster itu dilaporkan akan dilakukan mengikut prosedur dan dengan berperikemanusiaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca