Home Hunters Tawarkan Servis Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Nak bina rumah atas tanah sendiri tapi tak jumpa kontraktor yang sesuai? Tiada masa untuk hantar dokumen untuk mendapatkan kebenaran PBT?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tentang servis bina rumah atas tanah sendiri yang ditawarkan oleh Home Hunters.

Bina kediaman atas tanah sendiri merupakan salah satu proses pemilikan rumah yang sinonim dengan penduduk di Pantai Timur terutama di negeri Kelantan.

Kebanyakan daripada pemilik tanah lebih selesa membina rumah di atas tanah sendiri kerana mereka bebas memilih konsep dan keluasan rumah yang diimpikan mengikut bajet dan perancangan.

Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum membuat keputusan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Syarat-syarat bina rumah atas tanah sendiri adalah hartanah, tiada sekatan, bebas gadaian, sedia bina, pengesahan jawatan dan sedia tunai.

Antara syaratnya adalah mempunyai hartanah iaitu tanah atas nama sendiri dan bukan milik orang lain contohnya seperti tanah lot banglo atau semi-D. Selain itu, tiada sekatan iaitu tanah tidak mempunyai kaviet oleh mana-mana pihak sama ada kaviet persendirian atau kaviet pendaftar.

Manakala syarat seterusnya adalah bebas daripada gadaian bank sebagai contohnya pinjaman kerajaan boleh bagi gadaian kali kedua untuk membeli tanah bagi membina rumah.

Penyediaan tanah yang sedia bina iaitu keadaan tanah haruslah sudah clear dan tidak perlu ditambun jika perlu anda boleh berunding dengan pihak kontraktor.

Pengesahan jawatan iaitu kakitangan kerajaan yang sudah disahkan jawatan mestilah berkhidmat melebihi satu tahun. Penyediaan tunai iaitu jika anda membayar tunai, pastikan wang sudah tersedia untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.

Servis Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Home Hunters menawarkan servis bina kediaman di atas tanah sendiri. Home Hunters adalah kontraktor yang berpengalaman di Kelantan dan pakar dalam membina rumah mengikut cita rasa anda.

Tambahan pula, dengan menggunakan servis daripada Home Hunters, proses bina rumah menjadi lebih mudah kerana Home Hunters dapat menguruskan semuanya daripada A sehingga Z.

Home Hunters membina rumah yang berkualiti mengikut kehendak pelanggan dan tidak pernah mempunyai rekod projek terbengkalai.

Jika anda tiada masa untuk mencari tukang rumah dengan pelbagai kepakaran untuk menyiapkan rumah anda. Anda tidak perlu pening kepala lagi kerana dengan adanya servis yang ditawarkan Home Hunters boleh menyelesaikan segala masalah anda.

Anda juga boleh menjimatkan masa tanpa perlu selalu berulang-alik ke PBT semata-mata untuk menghantar dokumen-dokumen untuk mendapatkan kelulusan untuk membina rumah idaman anda.

Kini anda tidak perlu runsing tentang cas tambahan daripada guaman untuk proses bina rumah anda kerana di Home Hunters, semua cas guaman sudah termasuk dalam pakej.

Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerana dengan menggunakan servis dari Home Hunters, anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk menambah aksesori rumah kerana ia sudah termasuk dalam pakej yang disediakan.

Anda juga tidak perlu membazir masa memantau dan menguruskan proses pembinaan rumah dari awal sampai akhir kerana Home Hunters boleh uruskannya untuk anda.

Pakej Yang Ditawarkan

Terdapat dua pakej yang ditawarkan oleh Home Hunters.

1. Design dan bina rumah di atas tanah sendiri.

2. Tanah dan rumah untuk dibina.

Melalui pakej design dan bina rumah di atas tanah sendiri, Home Hunters akan membina rumah di atas tanah anda mengikut keluasan kaki persegi dan design akan dicadangkan kepada anda.

Dengan bajet kos binaan minimum RM 250,000, Home Hunters boleh membina sebuah rumah lengkap sekurang-kurangnya dengan 4 bilik. Jika anda mempunyai rekaan idaman yang anda mahukan, Home Hunters boleh merealisasikannya untuk anda.

Manakala, bagi pakej tanah dan rumah untuk dibina. Jika anda tidak mempunyai tanah sendiri di Kelantan, anda juga boleh membina rumah mengikut cita rasa anda. Home Hunters memiliki tanah dan anda boleh membina rumah mengikut konsep yang anda inginkan.

Kelebihan Membina Rumah Bersama Home Hunters

Terdapat pelbagai kelebihan membina rumah bersama Home Hunters yang dijamin mampu menyenangkan hidup anda.

1. Konsultasi Percuma Untuk Design Rumah Dan Rekaan Dalaman.

Setiap pelanggan mempunyai minat dan cita rasa yang tersendiri dalam membuat pilihan untuk kediaman yang diingini. Kini Home Hunters menawarkan konsultasi percuma untuk design rumah dan juga rekaan dalaman rumah anda.

2.Keluasan Rumah Bergantung Kepada Kehendak Pembeli.

Pembinaan rumah mengikut kehendak pembeli dan keluasan rumah mengikut kesesuaian saiz tanah. Harga bermula dari RM 135 kps.

3.Submission Dan Kelayakan Loan Pembeli

Tambahan pula, di Home Hunters juga menguruskan submission dan kelayakan loan pembeli. Anda tidak perlu bersusah-payah berurusan dengan pihak lain kerana Home Hunters boleh memudahkan dan menjimatkan masa anda.

4.Pelan Bangunan

Home Hunters menyediakan pelan bangunan mengikut kehendak pelanggan sebelum proses pembinaan rumah bermula.

5.Kos Guaman Dan Pindah Hak Milik

Melalui pakej yang ditawarkan oleh Home Hunters, kos guaman dan pindah hak milik juga diuruskan.

6.Rumah Yang Dibina Adalah Full Specs

Pembinaan rumah adalah rumah yang full specs. Ini bermaksud anda tidak perlu untuk menambah aksesori lain dikemudian hari.

Servis Yang Ditawarkan

Selain itu, Home Hunters juga boleh menguruskan geran rumah, kos guaman serta dokumentasi pejabat tanah selepas pembinaan rumah.

Prosedur Selepas Pelanggan Menghubungi Home Hunters

Ini adalah prosedur selepas pelanggan menghubungi pihak Home Hunters untuk bina rumah atas tanah sendiri.

  1. Pelanggan akan menghubungi Home Hunters.
  2. Pelanggan akan bertanya tentang design.
  3. Pelanggan akan beri geran tanah.
  4. Pihak Home Hunters akan semak kesesuaian tanah dan design.
  5. Konsultasi design antara Home Hunters dengan pelanggan.
  6. Home Hunters akan menyemak kelayakan pinjaman pelanggan.
  7. Pelan dilukis mengikut kehendak pelanggan.
  8. Home Hunters akan menghantar pelan ke majlis daerah.
  9. Home Hunters akan menguruskan submission loan pelanggan.
  10. Apabila loan diluluskan baru proses pembinaan rumah akan dijalankan.

Manakala bagi rumah yang sudah disiapkan, pelanggan hanya perlu berurusan untuk proses semakan loan dan juga proses pertukaran hak milik kediaman tersebut.

Konsep Rumah Yang Boleh Home Hunters Design

Antara design yang selalu Home Hunters bina adalah yang berkonsepkan ciri-ciri moden, tropika dan juga mengikut cita rasa pelanggan itu sendiri. Pihak Home Hunters selalunya akan mencadangkan dahulu namun terpulang kepada kehendak pelanggan untuk membuat pilihan.

Home Hunters selalunya membina rumah siap jenis rumah Semi-D dan rumah teres untuk pilihan pembeli. Bagi rumah jenis banglo, Home Hunters akan bina mengikut permintaan pelanggan.

Peluang Menjadi Ejen Home Hunters

Kini Home Hunters membuka peluang untuk jana pendapatan dengan menjadi ejen hartanah Home Hunters. Dengan menjadi ejen Home Hunters, anda akan menerima komisen sebanyak RM7,000 dan ke atas mengikut harga minimum kos binaan rumah RM250,000.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi di bawah:

Nombor Telefon: 014-509 9819 / 011-2600 6493

WhatsApp: wa.me/60145099819 / wa.me/601126006493

Website: https://homehunters.my/

Facebook: Home Hunters

Alamat: Aras Maju Enterprise, Pt 385, Taman Rabie, Kampung Bechah Durian 17020 Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan

Untuk membaca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca