Hina Rakyat Kelantan Tak Faham Bahasa Inggeris, Permohonan Maaf Caprice Langsung Tidak Ikhlas?

Permohonan maaf penyanyi rap tempatan iaitu Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dianggap sama sekali tidak ikhlas kerana dia bertindak menuding jari kepada pihak lain dengan alasan mereka tidak memaparkan video penuh mengenai insiden yang mula tular pada Ahad lepas.

Menurut Timbalan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (HIMSAK) iaitu Datuk Aizuddin Ghazali, Caprice turut didesak untuk mendedahkan video sebenar dan menjawab apa motif utama dia berbuat demikian sekiranya mengakui berada di pihak yang benar.

Pihak HISMAK memantau perkembangan dan tindakan Caprice memuat naik video di laman Instagramnya di mana dia menyebut bahawa orang Kelantan tiba-tiba pandai berbahasa Inggeris ketika sesi bersama pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik baru-baru ini. Dakwa Caprice, pada hakikatnya, mereka sebenarnya tidak faham pun apa yang diperkatakan pendakwah itu dan cuma angguk sahaja.

View this post on Instagram

Salam Kelantan, (swipe ke kiri) 1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post. 2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih 3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue 4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejersama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan. Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjesama.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Selepas laporan polis dibuat, Caprice telah tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya. Walau bagaimanapun, Caprice turut menyifatkan @igkelantan sebagai batu api kerana mengambil video tersebut tanpa kapsyen sekali.

“Selepas laporan polis dibuat, individu berkenaan dilihat meminta maaf. Walau bagaimanapun, kami melihat dia tidak ikhlas kerana telah menuduh pihak lain pula membuat salah dengan memaparkan video tidak penuh,” kata Datuk Aizuddin.

Dalam pada itu, Datuk Aizuddin menyifatkan penghinaan dan perbuatan Caprice terhadap orang Kelantan itu amat dikesali dan tidak boleh diterima.

“Kami khuatir dan gusar dengan perbuatan sebegini boleh menggugat ketenteraman masyarakat dalam negara kita,” jelasnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca