Hina Raja Permaisuri Agong, Lelaki Ini ‘Kantoikan’ Identiti Sebenar Sheikh Tawhidi

Dikenali sebagai Imam of Peace, kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis ini mengundang reaksi negatif daripada orang ramai apabila dia memuat naik satu ciapan yang berbaur penghinaan terhadap Tunku Azizah Maimunah Iskandariah dengan menyifatkan Raja Permaisuri Agong sebagai seorang yang hipokrit.

“Wanita yang paling hipokrit di Asia iaitu Queen of Malaysia memasak untuk petugas barisan hadapan. Baginda tidak akan berkata apa-apa mengenai wanita dan golongan homoseksual dari Malaysia yang telah dipenjara di bawah undang-undang Syariah,” ujarnya.

Bagi anda yang tertanya-tanya siapakah individu yang kini dikecam hebat oleh orang ramai, MyZaidy Yusoff mendedahkan identiti sebenar Mohamad Tawhidi yang lebih dikenali sebagai Imam of Peace menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya.

Untuk dijadikan cerita, Tawhidi berasal dari Iran tetapi kini menetap di Australia. Tidak cukup dengan itu, Tawhidi merupakan seorang Syiah.

Walaupun dia amat dibenci oleh Australia, Amerika Syarikat pula adalah sebaliknya. Mana tidaknya, Tawhidi adalah antara individu yang tidak menyokong perjuangan pembebasan Palestin yang dibawa oleh Hamas.

Walaupun begitu, Tawhidi mempunyai ramai pengikut di India dan begitu disayangi oleh masyarakat ekstremis Hindu di negara tersebut kerana dia tidak suka Zakir Naik dan orang Muslim di Pakistan. Tawhidi juga menganggap Muslim Pakistan sebagai orang Islam yang tidak mempunyai akal.

Tambahan pula, Tawhidi turut mengiktiraf wilayah Kashmir sebagai hak India. Dalam erti kata lain, ia bukan satu perkara yang tidak masuk akal apabila selebriti Bollywood seperti Priyanka Chopra dan Raveena Tandon merupakan antara peminat fanatik aktivis tersebut.

Priyanka Chopra

Walau bagaimanapun, aktres terkenal Pakistan iaitu Armeena Khan pula adalah sebaliknya kerana terpaksa menutup akaun Twitter dan Instagram peribadinya selepas menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi. Armeena menyifatkan Tawhidi sebagai seorang tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.

Akhir kata, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan kenyataan aktivis itu yang boleh dikatakan agak melampau:

Untuk membaca artikel lain berkaitan Raja Permaisuri Agong, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca