Hina Islam Dan Maki Hamun Orang Melayu Dalam ‘Game Online’, Remaja Cina Diburu Warganet

Permainan atas talian ataupun ‘game online’ sejak beberapa tahun ini telah menjadi fenomena kepada golongon muda kerana bukan sahaja menyeronokkan bahkan mampu menjana pendapatan.

Permainan video yang boleh bermain bersama-sama orang lain di atas talian pastinya memberikan suasana yang seronok disamping membantu menambah kenalan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah memuat naik video rakaman seorang remaja lelaki berbangsa Cina yang bersikap biadap dengan menghina Islam dan Melayu semasa sedang ‘live’ ketika bermain ‘game online’ iaitu PUBG.

Tinjauan kami di bahagian komen ciapan tersebut melihat rata-rata daripada warganet marah dan mengecam lelaki tersebut kerana sesuka hati melemparkan kebencian kepada agama dan bangsa yang berlainan dengannya. Remaja Cina itu juga seperti sengaja merendah-rendahkan agama dan bangsa lain.

Susulan daripada itu, bangsanya sendiri turut marah dan kesal dengan tindakan biadap remaja itu.

Sebelum ini, kami ada kongsikan kisah yang hampir sama dengan cerita di atas. Untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca