Hilang Sewaktu Mandi Sungai, Mayat Kanak-Kanak Ini Akhirnya Timbul Selepas Bacaan Yasin

Mayat seorang kanak-kanak berjaya ditemukan kira-kira 100 kaki dari lokasi dia dilaporkan hilang dalam insiden di Sungai Bidut dekat Sibu sekitar jam 9.30 malam tadi.

Jasad kanak-kanak yang dikenali sebagai Julia Punama yang hilang sejak Ahad timbul di jeti bersebelahan dengan tempat orang ramai berkumpul sebaik sahaja air bacaan Yasin dicurahkan di lokasi mangsa kali terakhir dilihat.

Terdahulu, bacaan Yasin telah disempurnakan oleh kariah sebuah surau berdekatan sambil mendoakan usaha pencarian mangsa dipermudahkan.

Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak iaitu Tiong Ling Hii, sejurus menyedari mayat mangsa yang berusia 7 tahun itu timbul, bapanya terus terjun ke sungai bagi mendapatkan mangsa.

“Sejurus mayat mangsa dinaikkan, bapa mangsa terus menghubungi pihak bomba dan polis.”

“Mayat diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 12.30 tengah malam untuk prosedur lanjut,” katanya lagi.

Pada Ahad lepas, mangsa dipercayai mandi bersama-sama dengan sepupunya yang berusia 10 tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan lemas. Sepupu mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca