Hilang Selama Dua Minggu, Wanita Malaysia Ini Dijumpai Tanpa Kepala

Wanita Malaysia dijumpai tanpa kepala

Seorang wanita warga Malaysia yang tinggal di United Kingdom (UK), dilaporkan hilang selama dua minggu dijumpai tanpa kepala pada Ahad 27 Jun lepas.

Chong Mee Kuen, 67, yang juga dikenali sebagai Deborah dilaporkan hilang pada 11 Jun lalu.

Menurut The Independent, Mee Kuen kali terakhir dilihat di Wembley, London, dimana tempat beliau menetap.

Didapati, wanita berasal dari Malaysia ini telah menetap di ibu negara UK itu sejak tahun 2004 lagi.

Mayat Mee Kuen dijumpai di kawasan hutan berdekatan dengan bandar Salcombe, Devon pada hari Ahad, lapor BBC. Beliau dijumpai kira-kira 350KM dari kawasan kediammannya.

Seorang jurucakap polis berkata pihak mereka percayai mayat wanita berkenaan telah berada di situ selama beberapa hari.

Pihak polis meminta bantuan penduduk tempatan bagi membantu siasatan untuk mengenalpasti jejak terakhir mangsa.

“Bagi sesiapa yang ada terlihat mangsa antara 10 Jun hingga 27 Jun lepas, diharap dapat tampil memberikan maklumat,” kata jurucakap.

Berikutan penemuan mayat berkenaan, para penyiasat berkata kematian Mee Kuen disifatkan sebagai ‘kematian yang tidak dapat dijelaskan’.

Memetik laporan portal berita Mirror UK, sumber daripada pihak polis mengesahkan mayat wanita ini dijumpai tanpa kepala.

Penguasa detektif Polis Devon dan Cornwall, Ben Deer berkata mereka tidak tahu bila beliau meninggal dunia atau bagaimana situasi beliau ketika itu.

Disamping itu, pihak polis memberitahu kepada penduduk Salcombe agar tidak terkejut dengan ‘kegiatan polis yang tinggi’ dalam beberapa hari ini.  

“Walaupun penemuan ini dapat menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat, kehadiran polis yang meningkat adalah untuk menyiasat semua keadaan,” ujar jurucakap.

Tempat dimana mayat Chong Mee Kuen dijumpai dikatakan lokasi popular bagi orang ramai datang membawa anjing mereka bersiar-siar.

Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca