Hilang Selama 5 Hari, Jasad Kaku Naya Rivera Akhirnya Ditemukan Terapung Di Tasik Piru

Bintang siri televisyen Glee, Naya Rivera ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa dipercayai akibat lemas di Tasik Piru, California pada Isnin. Sebelum ini, aktres yang berusia 33 tahun itu dilaporkan hilang selepas menaiki bot untuk bersiar-siar dengan anak lelakinya pada Rabu minggu lepas.

Menurut sherif daerah Ventura iaitu Bill Ayub, jasad yang ditemukan itu disahkan berdasarkan pakaian mangsa.

Sumber: TVLine

Walau bagaimanapun, setakat ini, pihaknya tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan terdapat unsur jenayah dalam kes itu.

“Kami percaya itu adalah Rivera,” kata Bill Ayub menerusi satu kenyataan.

Pada Rabu lalu, seorang saksi memberitahu dia melihat hanya anak Rivera sahaja yang berada di dalam bot yang sedang hanyut itu. Ketika itu, anak pelakon berkenaan dikatakan sudah tertidur di dalam bot tersebut.

Sumber: Instagram Naya Rivera

Difahamkan, anaknya memberitahu yang mereka sebelum itu berenang bersama-sama tetapi ibunya tidak kembali ke bot sehinggalah dia tertidur sambil menunggu kepulangan wanita berkenaan.

Susulan kejadian, pihak berkuasa terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.

Untuk rekod, Rivera sebelum ini membintangi Glee, sebuah drama bersiri popular berkisar tentang sekolah tinggi di Amerika Syarikat selama enam musim sebelum ia tamat pada tahun 2015.

Sumber: IndieWire

Dalam pada itu, dua bintang siri sama sebelum ini juga meninggal dunia beberapa tahun yang lepas. Salah seorang daripadanya, Mark Salling mengambil nyawanya sendiri pada tahun 2018 iaitu beberapa minggu sebelum menunggu hukuman dijatuhkan kepadanya atas tuduhan memiliki p*rnografi kanak-kanak.

Sumber: NBC News

Cory Monteith pula meninggal dunia pada Julai 2013 kerana terlebih dos dadah dan juga alkohol.

Team Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Naya Rivera.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca