Dua buku nota Charles Darwin yang hilang dari Perpustakaan Universiti Cambridge selama lebih dua dekad telah dikembalikan semula semalam.
Bungkusan yang mengandungi buku nota termasuk lakaran Tree of Life Darwin 1837 telah dikembalikan oleh seorang yang tidak dikenali pada 9 Mac lalu.
Terdapat sekeping nota turut ditemui dalam bungkusan berkenaan bertulis “Pustakawan. Selamat Hari Easter. X.”

Individu berkenaan meninggalkannya tanpa nama dalam beg hadiah merah jambu terang yang mengandungi kotak biru asal yang disimpan di dalam buku nota dan sampul surat berwarna coklat biasa.
Menurut United Press International (UPI), bungkusan itu diletakkan di kawasan awam di luar pejabat pustakawan, tingkat empat bangunan perpustakaan itu.
Pada tahun 2001, buku nota yang mewakili beberapa firasat pertama Darwin tentang teori evolusi radikalnya melalui pemilihan semula jadi pada asalnya didapati hilang.
Mereka telah dikeluarkan dari stor untuk diambil gambar pada November 2000.
Namun begitu, semasa pemeriksaan rutin berikutnya yang dibuat pada Januari 2001 ianya didapati tidak dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.
Pada November 2020 pula pustakawan Jessica Gardner merayu kepada orang ramai untuk memulangkan buku berkenaan.
“Saya berasa amat lega selepas buku itu dipulangkan,” kata Gardner.
Gardner berkata susulan dengan kehilangan buku tersebut ciri-ciri keselamatan di perpustakaan itu telah dinaik taraf.
Buku nota itu akan dipamerkan di perpustakaan berkenaan mulai 9 Julai.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: