Seorang petugas parkir valet berhadapan dengan perkara yang paling tidak diingini di tempat kerja apabila merempuh dua kereta Lamborghini yang bernilai lebih daripada AS$1 juta (kira-kira RM5 juta) secara tidak sengaja.

Kejadian ini berlaku di Crown Casino yang terletak di Perth, Australia pada malam rabu. Kunci dua kereta Lamborghini Aventador Ultimaes diserahkan kepada kakitangan valet.
Namun begitu salah seorang daripada mereka telah hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang kereta mewah itu.
Menerusi rakaman video, pekerja valet tersebut keluar daripada kereta Lamborghini Aventador Ultimae berwarna biru terang dengan perasaan sangat terkejut terhadap keadaan yang telah menimpanya.
Jurucakap di Crown Resorts mengesahkan tiada berlaku sebarang keceraan dan kini sedang menyiasat punca pelanggaran itu berlaku.
Menurut pekerja valet itu, dia berusaha meletak kereta seperti biasa tetapi disebabkan salah menekan pedal yang disangka brek membuatkan kereta tersebut memecut ke bahagian belakang kenderaan mewah itu.
Dia cuba pertahankan dirinya dengan mendakwa punca tersalah menekan pedal adalah kerana pedal brek dan pedal pecutan rapat antara satu sama lain.

Pihak Crown memaklumkan kedua kereta itu akan diselesaikan dan dibawa pergi untuk dibaiki.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: